Selasa, 19 Oktober 2010

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:
"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."
Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:
1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."
2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."
3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."
4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."
5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."
7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."
8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."
9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."
10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."
11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."
12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Isnin, 11 Oktober 2010

RAHSIA AIR

Tidak pernah kita berfikir tentang air.....rahsia-rahsia yang air itu memegang, rahsia di sebalik rahsia, kekuatannya, faedahnya, dan lagi dan lagi dan lagi.......



Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini....! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya!


Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kekunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA atau SIRR atau Cahaya adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?


Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata.


CVT mengajak kita berfikir sejenak tentang kelebihan dan kebesaran air....Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita?


Persidangan air sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan "kehebatannya". Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah.


Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.

Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkadung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus di tekad niatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita dengar akan jemaah yang tersesat dari dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!


Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu akan rahsia kehebatan air ini yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air ini. Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf 7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonans (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.


Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi (Alif terbit) maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana "alam pada diri manusia" itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia luaran dan dalaman. Maka benarlah kata-kata Rasullullah SAW marhumnya :-


"Kenalilah diri kamu rata-rata, barulah kamu kenal Tuhan yang nyata".


Cerita tentang kehebatan air baru-baru ini menjadi bualan sedunia iaitu kejadian TSUNAMI! Apakah ia suatu Malapetaka atau pun bencana semata-mata tujuan untuk menyusahkan hamba-hambaNya???


Mustahil jawapannya jika Allah berbuat demikian tanpa sesuatu Hikmah disebalik yang dijadikan!!! Cuba lihat petikan dari akhbar Harian Metro 13/1/2005 :-


Katanya, ada dakwaan daripada penduduk Aceh mengatakan tsunami yang melanda Aceh satu musibah daripada sikap sesetengah pihak mengadakan tarian bogel sempena sambutan Krismas, baru-baru ini.

"Berita itu cukup heboh diperkatakan orang di sana (Aceh) dan saya diberitahu satu pesta arak diadakan di Pos Polis dekat Meulaboh dan polis disitu memaksa beberapa wanita Islam minum arak lalu mabuk dan menari tarian bogel.


"Dakwaan penduduk Aceh itu mungkin ada kebenarannya tetapi apa yang datang itu sememangnya adalah kehendak dan ketentuan Allah namun saya tetap bersyukur kerana keluarga saya terselamat," katanya.


Petikan dari En Dannie Dahalan yang diwawancara wartawan.


Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya... Setiap tempat yang sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah "musibah" yang "berbunyi" umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk menyerap/seimbangkan semula gema/vibration kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu. Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar suatu "Isyarat" agar jangan kita "terbuai dan terhanyut jauh" oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalanNya!


Cuba lihat tarikh Tsunami serta beberapa kejadian seumpama(bencana alam)berlaku iaitu pada 26th (8). Lapan Kehancuran/Kemusnahan/Kematian/Jalan Mati.Semoga kita menjadikan istilah ini sebagai suatu pengajaran/keinsafan, InsyaAllah!



Selasa, 5 Oktober 2010

Untuk Si Pemakai Cincin Dan Penyimpan Kuku Panjang

Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..


sunnah nabi jarang nak ikut ..
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama sep erti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan sep erti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman sep erti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

RENUNGAN

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik
Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan
Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.



Surah Al-Asr...

Assalamualaikum....


Alhamdulillah tadinya saya berpeluang mengikut suami dan anak bujang ke Surau Al-Faizeen berhampiran rumah kami untuk sesi Kuliah Maghrib. Termenung takkala mendengar isi tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz NurSalam di susuli dengan dua murid beliau iaitu adik Umar Al-Farouk dan adik Fatimah Az-Zahraa. Kedua2 murid ustaz yang didatangkan khas dari seberang itu masing2nya berusia dalam linkungan 10 - 12 tahun tetapi miracle bagi saya bila melihat kefasihan kedua-dua adik ini berbicara... gaya persis seorang dewasa yang begitu fasih dan pintar sekali berpidato...Subhanallah....

Ingin dikongsi sedutan ucapan ustaz yang terus melekat di fikiran....

....sesungguhnya manusia ini terdiri dari 2 golongan iaitu satu golongan yang rugi dan satu lagi yang beruntung. Janganlah kita menjadi orang-orang yang rugi contohnya bilamana kita meletakkan kemewahan dan darjat terus-terusan di hati kita. Tidak ke mana semua itu. Kemewahan kita tidak boleh ikut masuk ke dalam kubur, usai saja kita meninggalkan dunia ini. Kereta mahal yang kita beli tidak mampu mengekor kita selepas kita mati.

Bukan harta dan wang ringgit yang akan dibawa tetapi amal seseorang itu yang akan diambil-kira. Hati yang bersih, itu yang paling utama. Kalau hati kita sakit, seluruh badan kita akan turut menjadi sakit. Sebaliknya kalau hati kita bersih, yang lain-lain akan ikut bersih.

Janganlah kita merasa diri kita sudah penuh tetapi sebenarnya masih kosong...jangan nampak penuh tapi sebenarnya tidak berisi.....

Berusahalah agar kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung. Bagaimana untuk menjadi orang yang beruntung itu? Secara asasnya kita tidak perlu memandang terlalu jauh, hanya melihat dan beri penuh pengertian terhadap Surah Al-Asr yang bermaksud Demi masa.... Surah ini mengajak kita memahami erti yang 5 sebelum datangnya yang 5.....

•masa sihat sebelum sakit
•masa muda sebelum tua
•masa kaya sebelum miskin
•masa lapang sebelum sempit
•masa hidup sebelum mati

Sering2 lah kita bangun untuk solat Tahajjud. Kerana solat Tahajjud itu penawar segala penyakit. Jika kita menderita oleh sesuatu penyakit, amalkan lah solat Tahajjud 40 malam secara berterusan dan tanpa henti sebagai salah-satu ikhtiar kita. InsyaAllah dengan izin Allah akan sembuh penyakit, itu pun kalau solat baik, mengikut adab2nya dan kita ikhlas semata2 hanya kerana Allah.

Diceritakan ada seorang tua yang usianya 87 tahun datang ke masjid. Badannya masih tegap dan nampak sihat, bunyi suaranya sedap bila mengaji Quran dan mata pula tidak kabur bilamana membaca ayat2 di lembaran al-Quran. Bila ditanya, rupa2nya jarak rumahnya dengan masjid lebih-kurang 1 batu jauhnya. Ditanya lagi. "Datang naik apa?" Maka dijawabnya, "Pakcik sudah biasa jalan2 sendiri, tidak ada masalah, dekat saja..." Dan bila ditanya lagi, "Apa rahsianya pakcik, matanya masih terang dan tidak kabur?" Beliau hanya menjawab, "Ohh pakcik tak tengok TV.... TV itu punca segala maksiat...

Ohh...
Sama-sama kita renung-renungkan.....InsyaAllah.

Surah Al-Asr... Demi Masa


Surah Al-‘Asr (سورة العصر) adalah surat ke-103 dari Al Quran. Surah ini tergolong surah makkiyah dan terdiri atas 3 ayat. Kata Al 'Ashr bererti waktu/masa dan diambil dari ayat pertama surat ini.

Isi surat mengabarkan bahawa sesungguhnya semua manusia itu berada dalam keadaan kerugian kecuali dia termasuk mereka yang selalu beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.

Terjemahan ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1.وَالْعَصْرِ Demi masa.

2.إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

3.إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Doa Nurun Nubuwwah (Cahaya Kenabian) – (1)


BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM

“ALLAAHUMMA DZIS SULTHAANIL ‘AZHIM, WA DZIL MANNIL QADIIM, WA DZIL WAJHIL KARIIM, WA WALIY YIL KALIMAATI TAAMMAATI WAD DA’AWAATIL MUSTA JAABAH, ‘AAQILIL HASANI WAL HUSAINI MIN ANFUSIL HAQQI ‘AINIL QUDRATI WAN NAAZHIRIINA WA’AINIL INSI WAL JINN, WA IN YAKAADUL LADZIINA KAFARUU LI YUZLIQUUNAKA BI ABSHAARIHIM LAMMAA SAMI’UDZ DZHIKRA, WAYAQUULUUNA INNAHUU LAMAJNUUN, WA MAA HUWA ILLAA DZIKRUL LIL ‘AALAMIIN. WA MUSTAJAABU LUQMAANIL HAKIIM. WA WARITSU SULAIMAANABNI DAAWUDA ‘ALAIHIMAS SALAAM.

AL-WADUUD (tujuh kali AL WADUUD) …………………….(Sebutkan hajat di hati kepada Allah s.w.t.)

DZUL’ARSYIL MAJIID. THAWWIL ‘UMRII WA SHAHHIH AJSAADII WAQDHI HAAJATII WAKTSIR AMWAALII WA AULAADII WAJ ALNI HABBIBAN LIN NAASI AJMA’J IN. WA TABBA’ADIL’ADAAWATA KULLA MIMBANII AADAMA ‘ALAIHIS SALAAM. MAN KAANA HAYYAUW WA YAHIQQAL QAULU ‘ALAL KAAFIRIIN. WA QUL JAA AL HAQQU WA ZAHAQAL BAATHIL, INNA BAATHILA KAANA ZAHUUQAA. WA NUNAZZI LU MINAL QUR’AANI MAA HUWA SYIFAAUW WARAHMATUL LIL MUKMINIIN. WA LAA YAZIIDUZH ZHAALIMIINA ILLAA KHASAARAA. SUBHAANA RABBIKA RABBIL ‘IZZATI ‘AMMAA YASHIFUUN, WA SALAAMUN ‘ALAL MURSALIIN, WAL HAMDU LIL LAAHI RABIIL ‘AALAMIIN”.

Ertinya:
“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Alwadud (Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih) (tujuh kali Alwadud)………………(sebutkan hajat di hati kepada Allah) yang memiliki singgasana yang Maha Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku (pengikutku), cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup (dihatinya) dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

Ayat-Ayat Al-Quran Yg Baik Diamalkan

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN

Surah Waqiah

 

iPhone Screenshot 1
iPhone Screenshot 2

Khasiat Surah Al-Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”


Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.