Selasa, 5 Oktober 2010

Surah Al-Asr...

Assalamualaikum....


Alhamdulillah tadinya saya berpeluang mengikut suami dan anak bujang ke Surau Al-Faizeen berhampiran rumah kami untuk sesi Kuliah Maghrib. Termenung takkala mendengar isi tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz NurSalam di susuli dengan dua murid beliau iaitu adik Umar Al-Farouk dan adik Fatimah Az-Zahraa. Kedua2 murid ustaz yang didatangkan khas dari seberang itu masing2nya berusia dalam linkungan 10 - 12 tahun tetapi miracle bagi saya bila melihat kefasihan kedua-dua adik ini berbicara... gaya persis seorang dewasa yang begitu fasih dan pintar sekali berpidato...Subhanallah....

Ingin dikongsi sedutan ucapan ustaz yang terus melekat di fikiran....

....sesungguhnya manusia ini terdiri dari 2 golongan iaitu satu golongan yang rugi dan satu lagi yang beruntung. Janganlah kita menjadi orang-orang yang rugi contohnya bilamana kita meletakkan kemewahan dan darjat terus-terusan di hati kita. Tidak ke mana semua itu. Kemewahan kita tidak boleh ikut masuk ke dalam kubur, usai saja kita meninggalkan dunia ini. Kereta mahal yang kita beli tidak mampu mengekor kita selepas kita mati.

Bukan harta dan wang ringgit yang akan dibawa tetapi amal seseorang itu yang akan diambil-kira. Hati yang bersih, itu yang paling utama. Kalau hati kita sakit, seluruh badan kita akan turut menjadi sakit. Sebaliknya kalau hati kita bersih, yang lain-lain akan ikut bersih.

Janganlah kita merasa diri kita sudah penuh tetapi sebenarnya masih kosong...jangan nampak penuh tapi sebenarnya tidak berisi.....

Berusahalah agar kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung. Bagaimana untuk menjadi orang yang beruntung itu? Secara asasnya kita tidak perlu memandang terlalu jauh, hanya melihat dan beri penuh pengertian terhadap Surah Al-Asr yang bermaksud Demi masa.... Surah ini mengajak kita memahami erti yang 5 sebelum datangnya yang 5.....

•masa sihat sebelum sakit
•masa muda sebelum tua
•masa kaya sebelum miskin
•masa lapang sebelum sempit
•masa hidup sebelum mati

Sering2 lah kita bangun untuk solat Tahajjud. Kerana solat Tahajjud itu penawar segala penyakit. Jika kita menderita oleh sesuatu penyakit, amalkan lah solat Tahajjud 40 malam secara berterusan dan tanpa henti sebagai salah-satu ikhtiar kita. InsyaAllah dengan izin Allah akan sembuh penyakit, itu pun kalau solat baik, mengikut adab2nya dan kita ikhlas semata2 hanya kerana Allah.

Diceritakan ada seorang tua yang usianya 87 tahun datang ke masjid. Badannya masih tegap dan nampak sihat, bunyi suaranya sedap bila mengaji Quran dan mata pula tidak kabur bilamana membaca ayat2 di lembaran al-Quran. Bila ditanya, rupa2nya jarak rumahnya dengan masjid lebih-kurang 1 batu jauhnya. Ditanya lagi. "Datang naik apa?" Maka dijawabnya, "Pakcik sudah biasa jalan2 sendiri, tidak ada masalah, dekat saja..." Dan bila ditanya lagi, "Apa rahsianya pakcik, matanya masih terang dan tidak kabur?" Beliau hanya menjawab, "Ohh pakcik tak tengok TV.... TV itu punca segala maksiat...

Ohh...
Sama-sama kita renung-renungkan.....InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan